5 nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan M’sia

5 nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan M’sia

GEORGE TOWN, 6 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan lima nelayan Indonesia yang sedang leka menangkap ikan di perairan Malaysia, di kedudukan 41 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, dekat sini.

Pengarah APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kamaruszaman Abu Hassan berkata sepasukan anggota penguatkuasa APMM Pulau Pinang yang sedang membuat rondaan Operasi Khas Satria Utara di kawasan itu, telah menahan sebuah bot nelayan dari Indonesia yang dalam keadaan mencurigakan pada 12.30 tengah hari semalam.

“Pemeriksaan ke atas bot itu terdapat seorang tekong bersama empat awak-awak berumur antara 19 hingga 49 tahun.

Ketika ditahan mereka sedang leka menangkap ikan di kawasan perairan berkenaan.” – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA