5 Okt cuti kelepasan am

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Pada menjunjung kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta dan Hari Kemuncak Perayaan Jubli Emas Baginda pada 5 0ktober 2017, maka Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa tarikh tersebut diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Awam.

Pengumuman tersebut diedarkan JPM melalui laman sesawangnya.