5 pegawai polis dinaikkan pangkat

5 pegawai polis dinaikkan pangkat

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja Brunei, lima orang pegawai berpangkat Inspektor Polis Percubaan (Probationary Inspector of Police) telah ditetapkan pangkat mereka.

Sehubungan itu, majlis penyampaian lencana pangkat bagi pegawai-pegawai tersebut berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini, dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam, para pengarah dan pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei serta ahli keluarga pegawai yang ditetapkan pangkat mereka.

Gambar ramai polis yang diraikan bersama pegawai kanan polis.
Gambar ramai polis yang diraikan bersama pegawai kanan polis.
Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei ketika menyematkan pangkat kepada penerima.
Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei ketika menyematkan pangkat kepada penerima.
Penerima pangkat bersama-sama membacakan doa selamat.
Penerima pangkat bersama-sama membacakan doa selamat.

Pegawai-pegawai yang ditetapkan ke pangkat Inspektor Polis tersebut ialah Inspektor Mohd Yusri Fauzi bin Haji Rosli, Inspektor Reynold@Ganiell Chin, Inspektor Khairul Anwar bin Haji Ahmad, Inspektor Mohd Marzuqi Koo Abdullah dan Inspektor Mohd Hazizul bin Haji Abdul Halim.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi memberkati majlis.