5 pekerja terbunuh dalam kemalangan trak

5 pekerja terbunuh dalam kemalangan trak

PHNOM PENH, 12 Jan (AFP) – Sekitar lima pekerja kilang pakaian Kemboja terkorban dan hampir 70 cedera hari ini selepas dua trak membawa pekerja buruh berlanggar, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan itu berlaku awal pagi hari ini apabila sebuah trak mengangkut para pekerja ‘terbalik’ selepas melanggar antara satu sama lain, juga dipenuhi dengan para pekerja kilang, di selatan wilayah Kampong Speu, menurut gabenor tempatan Ma Savath kepada AFP.

Seramai 13 daripada 68 pekerja cedera dalam keadaan kritikal, tambah pegawai.

Kebanyakan 700,000 pekerja kilang pakaian Kemboja menuju ke kilang mereka dengan menaiki kenderaan yang sempit untuk menjimatkan wang.

Trak-trak yang membawa para pekerja sering terlibat dalam kemalangan di jalan-jalan berbahaya negara itu.

Mei lepas, sekitar 19 pekerja kilang Kemboja terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam nahas van di timur wilayah Svay Rieng.

Industri kilang pakaian Kemboja bernilai bilion dolar adalah sumber penting pendapatan eksport bagi kerajaan miskin itu.

ARTIKEL YANG SAMA