5 pelanggan bawa pulang hadiah menarik

5 pelanggan bawa pulang hadiah menarik

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Lima orang pelanggan bertuah yang membeli minyak Shell Helix telah dipilih memenangi hadiah dalam promosi Win With Helix bagi cabutan bulan Jun 2016.

Majlis penyampaian hadiah-hadiah berkenaan telah berlangsung di ruang lobi Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) di ibu negara, hari ini, dengan penyampaiannya disempurnakan oleh Ketua Komersial BSM, Siti Kurshiah binti Haji Anwar.

Para pemenang bertuah berkenaan ialah Leong Chee Fatt yang membawa pulang Microwave Oven; Dayang Norareny binti Abdul Halim memenangi High Pressure Washer; dan Ampuan Rakiah binti Ampuan Ajak menerima Excelio Ambiance.

Gambar ramai lima pemenang bertuah promosi Win With Helix bagi bulan Jun bersama Ketua Komersial BSM.
Gambar ramai lima pemenang bertuah promosi Win With Helix bagi bulan Jun bersama Ketua Komersial BSM.

Sementara itu, Awang Mohammad Shamin bin Hai Junit dan Kamariah binti Mohammad pula masing-masing membawa pulang hadiah berupa barangan dapur elektrik.

Di samping menerima hadiah-hadiah istimewa berkenaan, para pemenang dalam cabutan ini turut menerima hadiah tambahan berupa minyak Shell Helix 4 liter.

Orang ramai masih lagi berpeluang menyertai promosi yang ditawarkan oleh BSM berkenaan sebelum cabutan utama yang akan diadakan pada September 2016 ini, hanya dengan membeli produk Shell Helix Ultra 5W-40, HX7 10W-40 dan HX5 15W-40 dalam bentuk botol dengan 4 liter atau dalam bentuk dram 209 liter.