5 pelanggan bertuah bercuti ke Thailand

5 pelanggan bertuah bercuti ke Thailand

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Lima orang pelanggan bertuah akan berpeluang bercuti ke Buriram, Thailand selama empat hari tiga malam dan menyaksikan perlumbaan Autobacs Super GT pada bulan depan, setelah dipilih sebagai pemenang dalam promosi Nissan Super GT anjuran Boustead Sdn Bhd.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang berkenaan telah diadakan di Bilik Pameran Nissan, Beribi, hari ini, dan disempurnakan oleh Pengurus Jualan Nissan, Issac Kooh.

Pemenang-pemenang itu ialah Pengiran Arinawati binti Pengiran Haji Ismail, Awang Ahmad Abdullah bin Haji Jalbah, Awang Azri bin Haji Mahali, Awang Mohammad Humaizi bin Haji Magon dan Pengiran Suhadi bin Pengiran Mohd Yussof.

Promosi berkenaan telah berlangsung pada 9 Mei sehingga 31 Ogos lalu, bagi pelanggan yang membeli kereta Nissan 370z, Nissan Elgrand, Nissan Juke Turbo dan Nissan Pulsar Turbo.

Lima pemenang bertuah bergambar ramai bersama Issac Kooh.
Lima pemenang bertuah bergambar ramai bersama Issac Kooh.

Issac Kooh menyatakan bahawa Nissan akan sentiasa berusaha untuk menjadi inovatif dalam produk dan perkhidmatan mereka serta dalam memberikan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang setia.

Menurutnya, percutian ini merupakan peluang yang menyeronokkan bagi para pemenang yang akan dapat menyaksikan perlumbaan menarik di samping menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh Boustead Sdn Bhd.

Perlumbaan Autobacs Super GT telah bermula sejak tahun 1993 yang mempertandingkan GT-500 dan GT-300 dan ia merupakan salah satu siri perlumbaan kereta yang berprestij di rantau Asia.

ARTIKEL YANG SAMA