5 pelanggan bertuah Kompleks Yayasan terima hadiah

5 pelanggan bertuah Kompleks Yayasan terima hadiah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Seramai lima pelanggan bertuah bagi Cabutan Mingguan Pertama sempena Promosi Beli dan Menang 2015 anjuran Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menerima hadiah masing-masing di Ruang Legar Kompleks berkenaan, hari ini.

Promosi yang bermula dari 27 Jun hingga 26 Julai itu, telah memilih seramai 20 pelanggan yang bertuah yang diundi awal, bagi menentukan lima pemenang hadiah utama minggu pertama.

Di majlis berkenaan, lima pelanggan bertuah yang diraikan itu ialah Awang Mohd Afizan bin Raduan yang memenangi hadiah utama berupa sebuah televisyen LED Philips 40 inci, Dayang Serinah binti Haji Abdullah yang memenangi hadiah Samsung Galaxy Tab 4, Awang Reni bin Haji Yahya memenangi sebuah Samsung Galaxy A3 Duos, Haji Jahair bin Mokti memenangi Alcatel Idol X dan hamper barangan The Body Shop menjadi milik Haji Mat Layar bin Haji Hassan.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Hartanah, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayangku Hajah Asiah binti Pengiran Haji Damit.

Sementara itu, bagi 15 pelanggan bertuah yang tidak memenangi hadiah utama, mereka masing-masing membawa pulang baucar wang tunai dan hamper.

Dayangku Hajah Asiah bergambar ramai dengan para pemenang bagi cabutan mingguan pertama promosi berkenaan.
Dayangku Hajah Asiah bergambar ramai dengan para pemenang bagi cabutan mingguan pertama promosi berkenaan.

Dalam tempoh sebulan promosi itu dijalankan, Cabutan Mingguan akan diadakan dua kali bagi 20 pelanggan untuk memenangi hadiah keseluruhannya bernilai $2,500 dan Cabutan Hadiah Utama bagi 50 pelanggan untuk memenangi hadiah keseluruhannya bernilai $10,000 di mana ia akan diadakan pada penghujung Julai nanti.

Senarai kedai-kedai di Kompleks Yayasan yang ikut serta dalam promosi itu ialah The Body Shop, CGS System, Bright World Optics, WYWY Enterprise, M.Citymas Jewellery, John Collection Enterprise, Hoon’s Collection, B.Foot Sdn Bhd, Ziznaa Enterprise, Maya Silk Emporium, Julia Laila Jewellery, Bit Computer Sdn Bhd, Fateena Enterprise, Photokis Express Service, Ochado, Word-zone Bookshop, Minimelts, OKVY Enterprise, Syarikat Veena’s, Coloroso Enterprise, Etude House, Chong Ein Hong Watch Dealer, KFC, Jollibee dan Hua Ho Department Store.

ARTIKEL YANG SAMA