5 pelanggan bertuah SCB terima hadiah

5 pelanggan bertuah SCB terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Lima pelanggan Bank Standard Chartered (SCB), semalam, menerima hadiah masing-masing setelah dipilih sebagai pemenang cabutan bonus terakhir bagi Promosi Penjimatan yang akan berakhir pada 31 Disember depan.

Dalam majlis penyampaian hadiah di bank berkenaan di Gadong, Haji Kahan bin Haji Karim memenangi hadiah utama berupa Samsung Galaxy A7 dan Lau Shiew Yuen membawa pulang iPad mini 3G + Wifi selaku pemenang kedua.

Manakala itu, Awang Romzi bin Haji Abdullah, Tan Gian Ming dan Awang Muhammad Forizan bin Haji Ilmi masing-masing menerima baucar Supa Save bernilai $200 setiap seorang.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Perhubungan Pelanggan SCB, Dayang Selmizah binti Selamat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, promosi ini merupakan kempen yang membolehkan pelanggan mendapatkan faedah bonus apabila mencapai baki tambahan dalam akaun semasa dan simpanan mereka.

(Dari kiri-kanan) Awang Muhammad Forizan, Awang Romzi, Dayang Aini binti Haji Kahar, Dayang Selmizah, Lau Sie Kieh dan Tan Gian Ming.
(Dari kiri-kanan) Awang Muhammad Forizan, Awang Romzi, Dayang Aini binti Haji Kahar, Dayang Selmizah, Lau Sie Kieh dan Tan Gian Ming.

Pelanggan yang memilih untuk menetapkan deposit tempoh tertentu dalam dolar Brunei, Australia atau New Zealand akan mendapat manfaat daripada kadar faedah promosi bagi tetapan tenor enam bulan dan juga layak untuk menyertai cabutan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Cabutan Utama bagi promosi ini akan diadakan pada Januari 2016 dan pelanggan yang memenangi hadiah dalam cabutan-cabutan bonus masih layak untuk menyertainya.

Dalam cabutan itu, para pelanggan berpeluang memenangi pakej penerbangan ke Bali, Paris dan Singapura, kerusi kulit LaZBoy serta Bang & Olufsen BeoPlay A8.

Bagi maklumat lanjut mengenai promosi ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.sc.com/bn atau hubungi Pusat Pelanggan 24 jam SCB.

ARTIKEL YANG SAMA