5 pelanggan BIBD menang baucar $500

5 pelanggan BIBD menang baucar $500

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Lima pemenang bulanan ‘Swipe for Rewards’ BIBD, hari ini, menerima baucar membeli-belah Sim Kim Huat bernilai $500 setiap seorang.

Di samping itu, para pemenang turut diberi peluang membelanjakan $200 daripada baucar mereka dalam acara membeli-belah dalam tempoh 10 minit di Sim Kim Huat, Airport Mall.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil BIBD, Dayang Caitlina binti Haliluddin dan Pengarah Urusan Sim Kim Huat, Awang Lee Chiap Kiang.

Kesemua pemenang merupakan pelanggan yang membelanjakan minimum $30 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit BIBD di Sim Kim Huat Trading Co, Pertama Jaya & Department Store (cawangan Lambak & Sengkurong), First Emporium & Supermarket (cawangan Batu Satu dan Sungai Tilong) dan Giant Hypermarket.

Setiap resit membolehkan pelanggan menyertai satu cabutan bertuah dalam cabutan hadiah bulanan. Kempen ini berlangsung sehingga 30 September 2015, dengan tiga lagi cabutan bulanan akan diadakan.

Gambar ramai pemenang bulanan ‘Swipe for Rewards’ BIBD dengan wakil BIBD dan Sim Kim Huat.
Gambar ramai pemenang bulanan ‘Swipe for Rewards’ BIBD dengan wakil BIBD dan Sim Kim Huat.
Salah seorang pemenang bulanan ‘Swipe for Rewards’ BIBD menerima baucar membeli-belah yang disampaikan oleh Dayang Caitlina.
Salah seorang pemenang bulanan ‘Swipe for Rewards’ BIBD menerima baucar membeli-belah yang disampaikan oleh Dayang Caitlina.

Sementara itu, BIBD juga sedang mengadakan kempen Barakah yang memasuki edisi keenam di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Honda Odyssey dan hadiah sagu hati berupa Apple iPhone dan iPad termasuk peralatan elektronik seperti TV LED, peti sejuk dan mesin cuci pakaian.

Untuk memenangi hadiah dalam kempen Barakah, pelanggan hanya perlu memohon bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD yang terpilih atau menetapkan gaji mereka ke BIBD. Kempen ini berlangsung sehingga 30 November 2015.

ARTIKEL YANG SAMA