5 pelanggan BIBD menang baucar

5 pelanggan BIBD menang baucar

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Lima pelanggan bertuah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, membawa pulang baucar Membeli-belah First Emporium Group bernilai $500 setiap seorang setelah dipilih sebagai pemenang bulanan ketiga kempen Swipe for Reward BIBD.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Perbankan Pelanggan BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar.

Selain itu, pemenang turut diberi peluang untuk membelanjakan $200 dari baucar mereka dalam acara beli-belah 10 minit di Pertama Jaya Department Store, Jalan Jerudong.

Menurut kenyataan BIBD, kempen yang secara automatik mendaftarkan pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $300 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit BIBD di gedung-gedung membeli-belah yang tertentu, kini memasuki bulan terakhirnya dan akan berakhir pada 30 September.

Gambar ramai para pemenang baucar membeli-belah First Emporium Group bernilai $500.
Gambar ramai para pemenang baucar membeli-belah First Emporium Group bernilai $500.

Gedung-gedung terpilih termasuk Sim Kim Huat Trading Co, Pertama Jaya Department Store (Cawangan Lambak & Sengkurong), First Emporium & Supermarket (Cawangan Batu Satu & Sungai Tilong) dan Giant Hypermarket.

Setiap resit membolehkan satu penyertaan dalam cabutan bertuah bulanan berkenaan.

Sementara itu, kempen BIBD Barakah, yang kini memasuki edisi keenam, pula akan berlangsung sehingga 30 November yang mana pelanggan masih berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Honda Odyssey serta hadiah sagu hati berupa peranti-peranti iPhone dan iPad Apple di samping hadiah-hadiah bulanan berupa barangan elektronik.

Pendaftaran adalah secara automatik dan mudah dengan hanya mendaftar bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD atau menetapkan pembayaran gaji ke BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA