5 pelanggan KIA terima hadiah lumayan

5 pelanggan KIA terima hadiah lumayan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN,11 Dis – Seorang pelanggan Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Kia di negara ini, berpeluang menyaksikan kejohanan tenis di Australia apabila dipilih sebagai pemenang utama dalam cabutan akhir bagi promosi ‘Drive Your Way to the 2016 Australian Open’, hari ini.

Syarikat Sunhut Kontraktor Sdn Bhd telah diumumkan sebagai pemenang utama daripada 20 orang pelanggan yang dipilih bagi menghadiri cabutan itu pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong.

Sementara itu, Pengiran Alinor dan Muhammad Jamil masing-masing memenangi Apple iPhone 6s dan Apple iPhone 6s Plus selaku pemenang kedua dan ketiga. Pemenang kelima dan keempat pula membawa pulang jam tangan pintar Apple Sport Watch.

Sesi bergambar ramai bersama dengan para pemenang.
Sesi bergambar ramai bersama dengan para pemenang.
Syarikat Sunhut Kontraktor Sdn Bhd terpilih selaku pemenang utama.
Syarikat Sunhut Kontraktor Sdn Bhd terpilih selaku pemenang utama.

Cabutan telah dibuat oleh wakil-wakil dari Bank Baiduri dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) At-Tamwil.

Manakala itu, 15 orang pelanggan lain juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah sagu hati daripada Grand Motors Sdn Bhd.

Seramai 260 orang pelanggan telah membeli kenderaan jenama Kia yang secara langsung menyertai kempen cabutan bertuah bertema ‘Drive Your Way to the 2016 Australian Open’ itu yang telah bermula pada 1 Oktober hingga 30 November 2015.

ARTIKEL YANG SAMA