5 pemenang bertuah Cabutan Bulanan KBSentral

5 pemenang bertuah Cabutan Bulanan KBSentral

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 18 Mac – Lima pelanggan bertuah memenangi hadiah menarik dalam Cabutan Bertuah Bulanan KBSentral yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah KBSentral, di sini, hari ini.

Tempat pertama dimenangi oleh Dayang Rabiatul Adawiyah binti Mazalan yang membawa pulang pakej penginapan untuk satu malam di Hotel Garden Sentral, manakala itu, Dayang Rosliani binti Kamaluddin di tempat kedua memenangi tiket untuk menyaksikan persembahan Ultraman di Amfiteater, Jerudong dan Unus Ismail memenangi periuk nasi daripada Jaya Hypermart selaku pemenang ketiga.

Pemenang keempat, Lee Swo Nyuk menerima hamper daripada Jaya Hypermart dan Dayang Siti Nurhafilah binti Abu Bakar di tempat kelima memenangi baucar daripada Cinnabon.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran dan Acara KBSentral, Dayang Norazizah binti Awang Damit.

Dayang Rabiatul Adawiyah yang memenangi hadiah pertama membawa pulang pakej penginapan untuk satu malam di Hotel Garden Sentral.
Dayang Rabiatul Adawiyah yang memenangi hadiah pertama membawa pulang pakej penginapan untuk satu malam di Hotel Garden Sentral.

Menurut Dayang Norazizah, kempen berkenaan merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan bagi menghargai pengunjung serta pembeli di KBSentral yang telah menyokong kempen cabutan bertuah kedua sejak November 2015.

Cabutan bertuah bulanan ini telah bermula sejak Januari lalu dan akan diteruskan sehingga April depan sebelum cabutan utama diadakan pada 1 Mei 2016.

Para pengunjung KBSentral akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai salah satu daripada cabutan bulanan berkenaan dengan hanya menjamu selera di restoran-restoran, menonton wayang di Cineplex atau membeli barangan dari mana-mana kedai di bawah KBSentral.

ARTIKEL YANG SAMA