5 pemenang bertuah terima hadiah

5 pemenang bertuah terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Lima pemenang bertuah terpilih dalam cabutan utama promosi “Shop and Win 2015”anjuran Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan), yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai $10,000.

Pemenang-pemenang bertuah itu ialah Dayang Norhashimah binti Haji Besar yang membawa pulang Sony LED TV 48” dan Sony Blu Ray Home Theatre; Dayang Siti Sahara binti Haji Japar yang memenangi Canon EOS 1200D; Dayang Shariwati binti Haji Naim (Philips LED TV 40”); Awang Shahrun bin Mohd Jair (Sony Playstation 4) dan Awang Hussin bin Haji Jaafar (Sony Xperia Z2 4G 16GB).

Hadiah-hadiah disampaikan Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Brahim bin Haji Ismail dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Yayasan, di ibu negara hari ini.

Promosi “Shop and Win 2015” bermula pada 27 Jun 2015 hingga 26 Julai 2015 dalam usaha menggalakkan orang ramai untuk berkunjung dan membeli-belah di Kompleks Yayasan.

Haji Brahim bergambar ramai bersama para pemenang dan penaja utama promosi.
Haji Brahim bergambar ramai bersama para pemenang dan penaja utama promosi.

ARTIKEL YANG SAMA