5 pemenang cabutan bertuah terima hadiah

5 pemenang cabutan bertuah terima hadiah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 26 Feb – Lima pemenang Cabutan Bertuah Bulanan KBSentral semalam menerima hadiah masing-masing dalam majlis penyampaian hadiah di gedung membeli-belah itu di sini.

Pemenang pertama, Awang Ahmad Najib memenangi pakej penginapan percuma di Hotel Garden Sentral bernilai $138, manakala pemenang kedua, Vivien Lin Sook Fong memenangi mesin pengisar dan pemenang ketiga, Dayang Roshalinda binti Haji Yahya menang baucar dari Balloon Buzz Ria dan tiket wayang Cineplex di KBSentral.

Pemenang keempat Haji Mohd Davy bin Haji Mohd Deru pula menang baucar dari Pasar raya Jaya dan Restoran I Love Yoo!, manakala pemenang kelima Dayang Manis binti Haji Tahir menang baucar dari Pasar raya Jaya dan Kedai Ochado.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengurus Pemasaran dan Acara KBSentral, Valor Lim.

Para pemenang Cabutan Bertuah Bulanan KBSentral bergambar ramai dengan hadiah masing-masing.
Para pemenang Cabutan Bertuah Bulanan KBSentral bergambar ramai dengan hadiah masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA