5 pemenang Swipe for Rewards BIBD

5 pemenang Swipe for Rewards BIBD

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Lima pemenang bulanan ‘Swipe for Rewards’ BIBD, hari ini, menerima baucar membeli-belah First Emporium bernilai $500.

Mereka ialah Dayang Siti Maszaiwaty binti Haji Mat Jani @Zaini, Dayangku Mas Siti Arifah Nur Rasyidah binti Pengiran Haji Mohammad Alam, Haji Morni bin Haji Metali, Dayang Hafizah binti Zaini dan Sheikh Mohamad bin Sheikh Haji Said.

Kesemua pemenang merupakan pelanggan yang membelanjakan minimum $30 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit BIBD di Sim Kim Huat Trading Co, Pertama Jaya & Department Store (cawangan Lambak & Sengkurong), First Emporium & Supermarket (cawangan Batu Satu & Sungai Tilong) dan Giant Hypermarket.

Setiap resit membolehkan pelanggan menyertai satu cabutan bertuah dalam cabutan bulanan. Kempen ini berlangsung sehingga 30 September 2015, dan dua cabutan bulanan akan diadakan kemudian.

Pemenang ‘Swipe for Rewards’ BIBD hari ini diberi peluang untuk membelanjakan $200 daripada baucar membeli-belah yang diterima itu di First Emporium dalam masa 10 minit.

Pemenang ‘Swipe for Rewards’ BIBD bergambar ramai bersama wakil BIBD dan First Emporium.
Pemenang ‘Swipe for Rewards’ BIBD bergambar ramai bersama wakil BIBD dan First Emporium.

Terdahulu, penyampaian baucar disempurnakan oleh Timbalan Ketua Perbankan Pengguna, Hajah Nurul Akmar binti Haji Md Jaafar dan Pengarah Urusan First Emporium, Lim Kian Seng.

BIBD dalam kenyataannya memberitahu, pihak mereka kini turut mengadakan kempen Barakah yang memasuki edisi keenam di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Honda Odyssey dan hadiah sagu hati berupa Apple iPhone dan iPad termasuk hadiah peralatan elektronik seperti TV LED, peti sejuk dan mesin cuci pakaian.

Untuk memenangi hadiah dalam kempen Barakah, pelanggan hanya perlu memohon bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD yang terpilih atau menetapkan gaji mereka ke BIBD. Kempen ini berlangsung sehingga 30 November 2015.

ARTIKEL YANG SAMA