5 penjenayah letupan kereta api dihukum mati

5 penjenayah letupan kereta api dihukum mati

MUMBAI, 30 Sept (AFP) – Sebuah mahkamah di India hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas lima lelaki disebabkan beberapa siri letupan yang melanda kereta api yang penuh sesak di Mumbai pada 2006 yang membunuh hampir 200 orang, lapor akhbar Press Trust of India.

Tujuh lagi yang didapati bersalah kerana terbabit dalam serangan di ibu negara kewangan India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah khas, kata agensi berita.

Dua belas orang lelaki disabit bersalah membunuh, bersubahat dan melancarkan perang ke atas negara dalam beberapa siri serangan yang membunuh 189 orang dan mencedera lebih daripada 800 yang lain. Tujuh letupan melanda kereta api pinggir bandar ketika waktu puncak pada petang Julai 2006.

Bom disimpan dalam periuk tekanan dan seterusnya diletak dalam beg dan disimpan di bawah akhbar dan payung dalam kereta api.

Salah seorang banduan India yang disabitkan atas penglibatan dalam letupan kereta api pada tahun 2006 di Mumbai, dibawa ke mahkamah khas di Mumbai untuk pengadilan pada 30 September, 2015. – AFP
Salah seorang banduan India yang disabitkan atas penglibatan dalam letupan kereta api pada tahun 2006 di Mumbai, dibawa ke mahkamah khas di Mumbai untuk pengadilan pada 30 September, 2015. – AFP

Pada keseluruhannya, polis mendakwa 30 orang berhubung pengeboman itu termasuk 13 warga Pakistan, yang bersama empat tersangka India masih belum diberkas.

Pendakwa berkata alat letupan dipasang di Mumbai dan sengaja diletak dalam gerabak kelas pertama untuk mensasarkan komuniti Gujarat yang kaya di bandar itu.

Mereka berkata pengeboman itu untuk membalas dendam atas rusuhan di barat negeri Gujarat pada 2002 yang menyebabkan 2,000 orang terbunuh, kebanyakan mereka penduduk Islam.

Pendakwa menuduh kumpulan militan Pakistan Lashkar-e-Taiba mendalangi serangan 2006, walaupun kumpulan bergelar Lashkar-e-Qahhar mendakwa bertanggungjawab.

Tertuduh diwakili oleh Shahid Azmi, seorang aktivis hak asasi dan peguam Islam, yang dibunuh secara misteri oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenalpasti pada 2010.

ARTIKEL YANG SAMA