5 peserta negara uji kemampuan

5 peserta negara uji kemampuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Peserta negara, Jamri Johari muncul naib juara Cabaran Basikal Gunung Kuching 2016 dalam Acara Lelaki Terbuka 80 Kilometer yang disertai seramai lima peserta dari Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Jamri Johari ketika dihubungi menegaskan beliau akan menyertai empat lagi kejohanan pada penghujung tahun ini dan menyatakan rasa bersyukur atas pencapaian dan pengalaman yang diperolehi.

“Saya berharap akan memperbaiki kedudukan dan pencapaian pada tahun 2017 dan akan terus berusaha memperbaiki pencapaian dalam pertandingan tahun ini,” ujarnya lagi.

Jamri Joharai ketika naik ke podium menerima hadiah.
Jamri Joharai ketika naik ke podium menerima hadiah.

Sementara itu, bagi Kategori bawah 21 tahun 80 kilometer, tiga peserta negara iaitu Ali Mustafa, Abdul Muiz Haji Yuzaini dan Mohd Feasal Firdaus Mohd Nurfadillah, masing-masing berada di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Seorang lagi peserta negara, Marierita Duai tampil di tempat kelima dalam Acara Wanita Terbuka 40 Kilometer.