5 polis maut dek serangan Taliban

5 polis maut dek serangan Taliban

KANDAHAR, Afghanistan, 24 Mei (AFP) – Sekurang-kurangnya lima anggota polis terbunuh dalam serangan Taliban ke atas pusat pemeriksaan polis di selatan Afghanistan dan pertempuran masih berterusan, menurut para pegawai wilayah hari ini.

Para pemberontak menyerang beberapa pusat pemeriksaan di daerah Sangin di wilayah Helmand.

“Lima anggota polis Afghan terbunuh dan enam yang lain mengalami kecederaan,” ketua polis wilayah itu Nabi Jan Mullahkhil told AFP.

Beliau berkata pasukan polis tambahan sudah dikerahkan untuk menentang Taliban, yang turut mengalami korban jiwa.

Enayatullah Ghafari, ketua kesihatan awam wilayah itu, berkata lima mayat anggota polis dibawa ke hospital di Lashkar Gah selepas pertempuran semalaman, bersama-sama lapan yang mengalami kecederaan.

Taliban dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu, sambil berkata mereka menyerang tiga pusat pemeriksaan polis dan membunuh berbelas-belas anggota polis.

Kumpulan pemberontak sememangnya diketahui kerap membesar-besarkan dakwaan mengenai jumlah korban jiwa di pihak musuh mereka.

Kumpulan militan mula melancarkan serangan musim bunga mereka lewat bulan lepas, yang menyaksikan tentera Afghan menentang mereka tanpa sokongan barisan hadapan tentera asing diketuai Amerika Syarikat.

Misi perang NATO secara rasminya berakhir pada Disember tetapi sekumpulan kecil tentera asing masih lagi kekal untuk melatih dan menyokong pasukan polis dan tentera tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA