5 polis maut kekacauan di Dallas

5 polis maut kekacauan di Dallas

WASHINGTON, 8 Julai – Lima pegawai polis terbunuh dan tujuh orang lagi cedera yang dilakukan oleh penembak-penembak hendap di Dallas ketika bantahan terhadap penembakan polis ke atas lelaki-lelaki kulit hitam, dengan seorang tersangka memberi amaran bahawa bom telah ditanam di seluruh tengah bandar.

Ketua Polis Bandar David Brown berkata dua penembak hendap telah menembak ‘pegawai-pegawai polis itu dari kedudukan tinggi ketika bantahan,” Seorang awam juga tercedera. Pihak polis terus berbalas-balas tembakan dengan tersangka yang bersembunyi di garaj pusat bandar selama berjam-jam selepas penembakan bermula.

Tersangka itu ‘telah memberitahu para perunding kami bahawa penghujung telah tiba, dan dia akan mencederakan dan membunuh lebih ramai daripada kami, iaitu penguatkuasa undang-undang. Dan terdapat bom di mana-mana di garaj ini dan di pusat bandar,” Brown memberitahu para pemberita.

Seorang wanita yang berada di bahagian sama di garaj itu juga ditahan, bersama-sama dua orang tersangka yang mempunyai beg penyamaran dalam sebuah kereta Mercedes dan seorang suspek penting menyerah diri kepada polis selepas pihak polis telah menghantar gambarnya melalui Twitter yang sedang mengenakan penyamaran dan raifal yang digantung pada bahunya.

Tidak salah di sisi undang-undang bagi mereka yang mempunyai permit untuk membawa secara terbuka senjata di Texas. Ratusan orang menghadiri perhimpunan di Dallas itu, yang berakhir sejurus sebelum penembakan itu yang bermula sekitar 9 malam. – AFP

Polis Dallas bertindak balas selepas tembakan dilepaskan semasa protes terhadap tembakan maut baru-baru ini oleh pihak polis di Louisiana dan Minnesota, Khamis lalu, di Dallas. - AP
Polis Dallas bertindak balas selepas tembakan dilepaskan semasa protes terhadap tembakan maut baru-baru ini oleh pihak polis di Louisiana dan Minnesota, Khamis lalu, di Dallas. – AP

ARTIKEL YANG SAMA