5 rumah dua tingkat terbakar di Taman Mawar

5 rumah dua tingkat terbakar di Taman Mawar

SANDAKAN, 25 Ogos – Lima buah rumah dua tingkat terbakar di Lorong Mawar 19, Taman Mawar malam tadi.

Tiga dari rumah berkenaan terbakar 80 peratus manakala dua rumah lagi hanya terbakar 10 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11:43 malam dan 23 anggota bersama empat jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian pukul 11:58 malam dan kebakaran itu dapat dikawal pada 12:29 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata seorang lelaki dilaporkan mengalami cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran tersebut, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mohd Razali berkata punca dan anggaran kerugian kebakaran itu sedang disiasat. – Bernama