5 sekolah Cina bergabung sambut Hari Guru

5 sekolah Cina bergabung sambut Hari Guru

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 16 Okt – Lima sekolah Cina di Brunei, baru-baru ini, telah bersama-sama menganjurkan Sambutan Hari Guru ke-25, dengan Sekolah Pai Yuek, Temburong dipilih sebagai tuan rumah majlis berkenaan.

Sekolah-sekolah Cina yang turut bergabung menganjurkan acara yang berlangsung di dewan Sekolah Pai Yuek itu termasuk Chung Hwa Tutong, Chung Hwa Kiudang, Sekolah Chung Lian Sungai Liang dan Sekolah Chung Hwa Labi.

Menurut pengerusi majlis, program seumpamanya diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan warga pendidik dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah serta cuba membantu menyelesaikannya.

Pada majlis berkenaan, pelbagai program telah diadakan bagi memeriahkan sambutan iaitu persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Sekolah Pai Yuek, pelbagai jenis permainan dalam dan juga sesi memotong kek oleh pengerusi lima sekolah yang menyertai sambutan tersebut.

Sama-sama memotong kek Sambutan Hari Guru yang diadakan di Sekolah Pai Yuek, Temburong.
Sama-sama memotong kek Sambutan Hari Guru yang diadakan di Sekolah Pai Yuek, Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA