5 tahanan Guantanamo dipindahkan ke UAE

5 tahanan Guantanamo dipindahkan ke UAE

WASHINGTON, 16 Nov (Reuters) – Lima tahanan di penjara tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba, diserahkan kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Jabatan Pertahanan AS pada Ahad.

Tahanan yang dipindahkan ke UAE disahkan Pentagon sebagai Ali Ahmad Muhammad al-Razihi, Khalid Abd-al-Jabbar Muhammad Uthman al-Qadasi, Adil Said al-Hajj Ubayd al-Busays, Sulayman Awad Bin Uqayl al-Nahdi dan Fahmi Salem Said al-Asani.

Pentagon berkata, hingga kini ada lagi seramai 107 tahanan di Guantanamo. Semua lima tahanan yang dipindahkan adalah warga Yaman, kata laporan media.

Lima tahanan di penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba, diserahkan kepada UAE, kata Jabatan Pertahanan AS. – Reuters
Lima tahanan di penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba, diserahkan kepada UAE, kata Jabatan Pertahanan AS. – Reuters