5 tahun Blok Titipan Kasih

5 tahun Blok Titipan Kasih

TUTONG, 6 Mac – Bersempena penubuhan ke-5 tahun bangunan Blok Titipan Kasih, Model Sekolah Inklusif (MSI), Sekolah Rendah (SR) Keriam, kelmarin, menganjurkan aktiviti bercerita, bertempat di Bilik Sensory MSI sekolah berkenaan, di sini.

Hadir bagi mendengarkan penyampaian aktiviti itu ialah Guru Besar SR Keriam, Dayang Rasiah binti Haji Mohd Tuddin dan 20 orang pelajar berkeperluan khas serta warga kerja sekolah tersebut.

Aktiviti bercerita disampaikan oleh Pembantu Pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bandar Seri Begawan, Hajah Armah binti Haji Bair.

Turut hadir ialah Pembantu Pengarang Majalah Mekar, Awang Srinawie bin Badziah yang antara lain menerangkan serba sedikit mengenai perisian majalah Mekar dan majalah terbaru iaitu majalah Jawi Naindung.

Antara yang hadir pada majlis penubuhan ke-5 tahun bangunan Blok Titipan Kasih tersebut.
Antara yang hadir pada majlis penubuhan ke-5 tahun bangunan Blok Titipan Kasih tersebut.

Menurut kenyataan sekolah berkenaan, di sini, aktiviti ini merupakan yang pertama dijalankan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah tersebut.

Usaha bersepadu pihak sekolah bersama DBP telah berjalan sejak awal tahun 2015, di mana MSI telah membuat perancangan dan jadual mereka sendiri ke DBP Daerah Tutong pada setiap bulan malah aktiviti berkenaan diteruskan ke tahun 2016.

Beberapa orang ibu bapa dan penjaga pelajar turut hadir bagi sama-sama menyokong aktiviti berkenaan yang mana ia diharap akan ada aktiviti susulan yang lebih menarik dari DBP yang dapat dijalankan bersama dengan pihak sekolah di masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA