5 tentera Turki maut, serangan bom PKK

5 tentera Turki maut, serangan bom PKK

ISTANBUL, 3 April (AFP) – Lima orang tentera Turki dan seorang pegawai polis pasukan khas terbunuh semalam dalam serangan bom yang disyaki dilancarkan oleh militan Kurdis di tenggara negara itu, lapor agensi berita Dogan.

Anggota pasukan keselamatan melancarkan operasi ketenteraan di Nusaybin di wilayah tenggara Mardin apabila sebutir bom yang ditinggalkan oleh pemberontak dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) meletup, menurutnya.

Nusaybin diletakkan di bawah perintah berkurung sejak pertengahan Mac bagi operasi ketenteraan untuk mengusir PKK keluar dari bandar itu, yang mana pihak berkuasa mengatakan kumpulan itu menggali parti dan memasang perintang.

Serangan baru berlaku dua hari selepas tujuh orang anggota polis terbunuh dan 27 orang lagi cedera dalam serangan besar-besaran bom kereta ke atas bas polis di bandar utama tenggara Turki, Diyarbakir.

Pihak berkuasa Turki semalam menahan penjenayah yang disyaki ekoran serangan itu, yang identitinya didedahkan sebagai AC, yang mana sayap tentera PKK pada Jumaat lalu mengakui melancarkannya. Pengeboman itu, tidak seperti serangan-serangan sebelumnya di Turki, bukanlah serangan berani mati tetapi diledakkan dari jarak jauh, menurut para pegawai pada ketika itu.

Dogan berkata AC dipercayai lelaki yang dirakam dalam kamera keselamatan berjalan pergi sejurus sebelum serangan dari kereta putih yang diletakkan itu kemudian meletup apabila bas polis melintas. Laporan Dogan berkata sembilan orang lagi disyaki mempunyai kaitan dengan serangan itu telah ditahan Jumaat lalu sebelum penangkapan AC.

Dalam keganasan lain yang mana PKK syaki dalangnya, seorang awam terbunuh dan 18 orang cedera dalam serangan ke atas stesen kecil tentera di daerah Kiziltepe, wilayah Mardin, menurut tentera.

Orang awam yang terkorban dilaporkan seorang warga Syria yang bekerja bagi projek tapak bangunan.

ARTIKEL YANG SAMA