5 terbunuh, 10 cedera bas sekolah terjunam

5 terbunuh, 10 cedera bas sekolah terjunam

NEW DELHI, 20 Sept – Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak telah terbunuh dan lebih 10 yang lain cedera selepas bas sekolah mereka terjunam ke dalam longkang di negeri India utara Punjab hari ini, kata seorang pegawai kanan polis.

“Kemalangan itu berlaku di sebuah kampung berhampiran bandar Amritsar apabila pemandu hilang kawalan bas ketika memandu dalam keadaan laju.Kenderaan itu yang membawa 50 pelajar, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas hari sekolah,” katanya, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Manakala lima mayat telah dikeluarkan oleh penduduk tempatan, yang cedera telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa operasi menyelamat tetap diteruskan dan sedang dipantau oleh pihak berkuasa daerah.

Siasatan telah diperintahkan dalam kejadian itu walaupun ia seolah-olah disebabkan oleh kesalahan pemandu bas sekolah, kata pegawai itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA