5 terbunuh, 2 hilang tanah runtuh di Jawa Tengah

5 terbunuh, 2 hilang tanah runtuh di Jawa Tengah

JAKARTA, Indonesia, 7 Feb – Lima mayat ditemui dan dua orang lain masih hilang, selepas tanah runtuh melanda daerah Purworejo Jawa Tengah, penyelamat berkata di sini hari ini.

Hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di kampung Panunungkulan, daerah Gebang sekitar 8:00 malam, waktu Jakarta, sekurang-kurangnya 2 buah rumah mengenai runtuhan tersebut, kata Marsudi, jurucakap Pejabat Penyelamat dan Pencarian Kebangsaan.

“Pasukan penyelamat dari pejabat Jawa Tengah bersama-sama dengan tentera, polis dan sukarelawan sedang mencari mangsa yang hilang itu sekarang,” katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Bencana tersebut juga mencederakan seorang penduduk dan memaksa 75 orang lain untuk menacari tempat tinggal yang lebih selamat, kata Budi Harjono, ketua operasi di agensi pengurusan bencana di daerah Purworejo.

“Misi mencari sedang dijalankan sekarang. Kami mengharapkan semua yang hilang itu boleh didapati tidak lama lagi,” katanya kepada Xinhua dari tempat kejadian di kampung Panunungkulan.

Sutopo Purwo Nugroho, Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata, lebih 250 kakitangan, termasuk dari pejabat pencarian dan penyelamat tempatan, agensi pengurusan bencana tempatan dan Palang Merah, dan juga askar, polis dan sukarelawan, terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA