5 terbunuh dalam kejadian tembak menembak

5 terbunuh dalam kejadian tembak menembak

BEIJING, 9 Jun (Reuters) – Seorang penduduk Cina bersenjatakan senapang memburu membunuh lima orang, termasuk dua anggota polis, di utara wilayah Henei hari ini, media tempatan memberitahu, kejadian ini jarang sekali berlaku di negara yang mana penggunaan senapang api dikawal ketat.

Liu Shuanghui melakukan pembunuhan besar-besaran itu di perkampungan Xishibao di daerah Suning, dua jam dari selatan Beijing, membunuh dua penduduk dan mencederakan tiga yang lain, agensi berita Xinhua memberitahu memetik daripada laporan polis. Televisyen setempat memanggilnya “penembakan besar-besaran”.

Liu kemudian membunuh dua anggota polis dan mencederakan dua lagi, tambah Xinhua. Liu terperangkap dalam rumahnya dan didapati mati ketika polis memecah masuk sekitar subuh, katanya, punca kematiannya masih belum dikenal pasti. Stesen televisyen setempat memberitahu Liu telah ditembak.

Keganasan senjata api sangat jarang di China kerana pemilikan senjata api sendiri adalah terhad.

December lalu, seorang pekerja bank pusat China menembak dua rakan kerjanya di cawangan di bekerja di wilayah timur laut Liaoning.

ARTIKEL YANG SAMA