5 terbunuh pertarungan gerila di Filipina

5 terbunuh pertarungan gerila di Filipina

MANILA, 4 Ogos (AFP) – Seorang askar Filipina dan empat gerila Mao telah terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan berdekatan kubu kuat kumpulan pemberontak itu, pihak tentera memberitahu hari ini.

Pemberontak Tentera New People (NPA) menyerang dua trak konvoi tentera di jalan sebuah kampung pedalaman di pulau Masbate kelmarin, mencetuskan pertarungan senjata api singkat, jurucakap tentera Mejar Angelo Guzman memberitahu AFP.

“Tentera kami melawan balik dan menguasai pertarungan, mengakibatkan lebih banyak mangsa di pihak pemberontak,” tambahnya.

Ahli – ahli pemberotak yang terselamat bagaimanapun berjaya melarikan diri, meninggalkan empat rakan mereka yang terkorban, menurut Guzman.

Seorang tentera telah terbunuh dan tiga lagi cedera ketika pertarungan itu, tambahnya.

Pulau Masbate yang dalam keadaan miskin itu merupakan beberapa kawasan saki-baki di mana tentera NPA terus menyerang tentera kerajaan dan memancung orang awam.

Jurucakap tersebut mengatakan pemberontak tersebut telah jadi lebih aktif dalam minggu-minggu kebelakangan tatkala mereka mencuba untuk memperlihatkan imej yang kuat menjelang pilihan raya awam tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA