5 terima hadiah cabutan bertuah SCB

5 terima hadiah cabutan bertuah SCB

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Bank Standard Chartered (SCB), kelmarin, telah mengadakan Cabutan Bonus pertamanya bagi Promosi Simpanan di mana lima orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

Penyampaian hadiah di majlis yang berlangsung di SCB cawangan Gadong itu telah disempurnakan oleh Ketua Jenama dan Pemasaran SCB, Ng Yick Wei.

Menurut kenyataan SCB di sini, hari ini, promosi yang bermula 1 Ogos hingga 31 Disember itu membolehkan pelanggan mendapat kadar faedah bonus apabila mereka membuat simpanan ke dalam Akaun Semasa dan Akaun Simpanan.

Pelanggan yang memilih untuk membuat deposit tetap dalam mata wang Brunei, Australia atau New Zealand akan menerima kadar faedah promosi.

Sepanjang promosi ini akan diadakan tiga cabutan bulanan yang mana pelanggan akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti baucar membeli-belah bernilai $200, Apple iPad Mini dan Samsung Galaxy A7.

Barisan pemenang bertuah Cabutan Bonus SCB.
Barisan pemenang bertuah Cabutan Bonus SCB.

Ng Yick Wei dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata, “Kami gembira memberi ganjaran kepada pelanggan kerana menyertai promosi ini. Di Bank Standard Chartered, membantu menggalakkan pelanggan untuk menyimpan merupakan perkara baik dalam perniagaan kami.

“Sebagai sebuah institusi kewangan, kami percaya bahawa ini bukan hanya asas perniagaan kami tetapi juga tanggungjawab kami kepada negara di mana kami membuka perniagaan,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, cabutan utama akan diadakan pada Januari 2016 dan pelanggan yang memenangi hadiah bulanan akan layak untuk menyertainya.

Dalam cabutan utama itu, pelanggan akan berpeluang untuk memenangi tiket-tiket penerbangan pergi dan balik untuk dua orang ke beberapa destinasi menarik, kerusi kulit LaZBoy dan sistem bunyi Bang & Olufsen BeoPlay A8.

Bagi maklumat lanjut mengenai Promosi Simpanan SCB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.sc.com/bn atau menghubungi Pusat Pelanggan 24 jam.