5 terpilih cabutan bertuah

5 terpilih cabutan bertuah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Lima daripada 333 penyertaan telah terpilih untuk menyertai cabutan bertuah pusingan pertama Bonanza Hujung Tahun Setia Motors yang akan diadakan pada 26 Februari 2016 nanti.

Cabutan bagi memilih lima pelanggan bertuah berkenaan telah dibuat oleh wakil BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Irwan bin Lamit dan disaksikan oleh Pengurus Pemasaran Setia Motors, Awang Fadhillah Sulaiman dan Pengurus Komersial Setia Motors, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya.

Para pelanggan yang terpilih ialah Dayang Siti Rabiatul Adawiyah binti Haji Abdullah Tangkai, Dayang Nurul Izzari Akmal binti Setia, Awang Sufri bin Haji Ahmed, Dayang Nurhidayani binti Haji Gani, dan Awang Muhamad Nur Amin Asney bin Yahya.

Awang Irwan ketika mencabut undian bagi para pelanggan yang bertuah.
Awang Irwan ketika mencabut undian bagi para pelanggan yang bertuah.

Antara hadiah-hadiah menarik menanti mereka adalah tiket-tiket penerbangan ke London, Hong Kong dan Kuala Lumpur masing-masing untuk dua orang, telefon pintar Samsung dan pakej servis percuma termasuk minyak Shell Helix.

Promosi cabutan bertuah ini telah berjalan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015.

ARTIKEL YANG SAMA