5 warga Tanzania ditahan selepas juruterbang Britain dibunuh

5 warga Tanzania ditahan selepas juruterbang Britain dibunuh

DAR ES SALAAM, 2 Feb – Presiden Tanzania John Magufuli menyelar pembunuhan seorang penyokong pemuliharaan Britain selepas helikopternya ditembak jatuh ketika dia mengejar penceroboh yang disyaki, dengan mengatakan lima orang telah diberkas.

Roger Gower, 37, warga Britain terbunuh apabila helikopternya ditembak jatuh oleh penceroboh-penceroboh yang disyaki ketika rondaan ke atas kawasan simpanan Mergastua, Maswa Game Reserve di utara Tanzania, berhampiran taman terkenal di dunia, Serengeti National Park, pada 29 Januari.

Gower, yang bekerja bagi Dana Pemuliharaan Freidkin menjejaki para penceroboh selepas terlihat bangkai-bangkai gajah yang dibunuh baru-baru ini. – AFP