50 ahli BAKTI hadiri ceramah kewangan

50 ahli BAKTI hadiri ceramah kewangan

pg10_160123_eSERAMAI 50 orang isteri para anggota Angkatan Bersenjata Brunei (BAKTI), telah menghadiri ceramah kewangan yang berlangsung di Kem Tentera ABDB, Tutong. Ceramah yang disampaikan oleh Perancang Kewangan Islam BIBD, Dayang Rozilawati binti Haji Jamil itu merupakan sebahagian daripada usaha BIBD untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat pengurusan kewangan yang lebih baik, di samping menekankan kepentingan kesedaran celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA