50 ahli sertai majlis keagamaan PEMODA

50 ahli sertai majlis keagamaan PEMODA

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Sebagai permulaan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-20 tahun, Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) mengadakan majlis doa kesyukuran dan tahlil yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini, kelmarin.

Kira-kira 50 orang ahli PEMODA menghadiri majlis berkenaan termasuk mantan-mantan Yang Di-Pertua dan timbalan Yang Di-Pertua, bekas ahli-ahli jawatankuasa tertinggi serta pelapor-pelapor PEMODA.

Majlis didahului dengan solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan bertahlil, doa kesyukuran dan doa arwah khusus kepada ahli-ahli PEMODA yang telah kembali ke rahmatullah serta juga kaum keluarga ahli persatuan yang telah meninggal dunia.

Antara ahli PEMODA yang menghadiri majlis tersebut.
Antara ahli PEMODA yang menghadiri majlis tersebut.

Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad berkata, majlis keagamaan berkenaan bukan sahaja bagi memanjat kesyukuran kerana PEMODA mampu bertahan sekian lama, malahan juga mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PEMODA.

Menurut beliau, PEMODA bukan sahaja persatuan motosikal yang tertua di Kepulauan Borneo ini, malahan yang terbesar dengan lebih 830 orang keahlian, yang tidak termasuk ahli tanggungan.

Katanya, kecemerlangan PEMODA adalah kerana ahli-ahlinya dan atas usaha dan kebijaksanaan ahli-ahli jawatan kuasa yang telah dilantik, yang mana tanpa sokongan padu yang tidak berbelah bahagi daripada ahli-ahli maka persatuan berkenaan tidak akan bertahan lama.

ARTIKEL YANG SAMA