50 dipilih dalam cabutan Citroen

50 dipilih dalam cabutan Citroen

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Citroen akan menjemput 50 pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang dan Uji Pandu dan Menang’ yang akan diadakan pada 12 Ogos ini, jam 10 pagi.

Lima puluh pelanggan berkenaan dipilih daripada 600 orang pelanggan yang telah menjalankan uji pandu Citroen dan barisan model DS, dalam cabutan awal yang dibuat oleh perwakilan bank dengan disaksikan oleh pihak pengurusan Grand Motors dan pengamal media, hari ini.

Pelanggan yang dihubungi hari ini dimestikan untuk membawa kad pengenalan pintar untuk cabutan akhir yang akan diadakan di Bilik Pameran Citroen, Beribi.

Perwakilan bank menyempurnakan cabutan bagi 50 pelanggan yang akan dijemput untuk menyertai cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang dan Uji Pandu dan Menang’ yang akan diadakan pada 12 ogos ini.
Perwakilan bank menyempurnakan cabutan bagi 50 pelanggan yang akan dijemput untuk menyertai cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang dan Uji Pandu dan Menang’ yang akan diadakan pada 12 ogos ini.
Seorang pelanggan bertuah akan membawa pulang sebuah kereta Citroen C3 pada 12 Ogos ini nanti.
Seorang pelanggan bertuah akan membawa pulang sebuah kereta Citroen C3 pada 12 Ogos ini nanti.

Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors ini telah berlangsung sejak 7 Disember 2015 hingga 31 Julai 2016 bagi memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah berupa sebuah kereta Citroen C3 secara percuma.

Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao, kempen ini untuk memberi kesedaran akan kehebatan kereta jenama Citroen di samping untuk meningkatkan lagi jualan kereta jenama Perancis di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA