50 insan prihatin menderma darah

50 insan prihatin menderma darah

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Boustead Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Menderma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sekali lagi mengadakan kempen menderma darah yang diadakan di Bilik Pameran Nissan Boustead Sdn Bhd, Beribi, hari ini.

Kempen yang bermula dari jam 9.30 sehingga 11.30 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan penyertaan lebih 50 orang kakitangan Boustead Sdn Bhd dan juga orang ramai.

Menurut salah seorang kakitangan Boustead Sdn Bhd, Reese Wong, kempen tersebut diadakan buat kali kedua bagi membantu pesakit yang berkeperluan darah dan juga untuk menambah simpanan Tabung Darah Hospital RIPAS bagi keperluan rakyat dan memahami sepenuhnya betapa pentingnya pendermaan darah.

“Kemurahan hati anda menderma darah adalah tiada nilainya dan akan sentiasa dihargai dan ianya dibukakan kepada sesiapa sahaja,” tambah beliau.

Para peserta membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah semasa kempen yang diadakan di Bilik Pameran Nissan, Boustead Sdn Bhd, Beribi, kelmarin.
Para peserta membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah semasa kempen yang diadakan di Bilik Pameran Nissan, Boustead Sdn Bhd, Beribi, kelmarin.
Antara kakitangan Boustead dan orang ramai yang sama-sama menderma darah bagi mengisi tabung darah Hospital RIPAS.
Antara kakitangan Boustead dan orang ramai yang sama-sama menderma darah bagi mengisi tabung darah Hospital RIPAS.

p09-3_20150724

ARTIKEL YANG SAMA