50 kanak-kanak bergembira

50 kanak-kanak bergembira

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 50 kanak-kanak dari Taman Asuhan Sekolah Sunshine kelmarin mengikuti beberapa aktiviti menarik yang diadakan di Pusat Taman Fun Bee, Batu Bersurat, di sini.

Lawatan yang menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berpendidikan itu mengetengahkan tiga jenis aktiviti iaitu bercerita di perpustakaan, kreativiti di dapur dan permainan Bubble Fun yang dijalankan di lokasi khas untuk bermain.

Selain itu, taman tersebut juga memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk menjadi seorang yang kreatif dengan membuat kraf tangan dan bermain secara berkumpulan.

Gambar ramai kanak-kanak yang mengikuti lawatan tersebut.
Gambar ramai kanak-kanak yang mengikuti lawatan tersebut.
Kanak-kanak mewarna bingkai gambar menggunakan bahan pewarna yang tidak membahayakan.
Kanak-kanak mewarna bingkai gambar menggunakan bahan pewarna yang tidak membahayakan.

ARTIKEL YANG SAMA