50 kes Zika dikesan di Panama

50 kes Zika dikesan di Panama

PANAMA CITY, 2 Feb – Panama kelmarin menyatakan bahawa mereka mendapati 50 kes jangkitan virus Zika dan memberi amaran penyakit yang berasaskan nyamuk itu, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran, akan menular sehingga negara Amerika Tengah.

“Secara jelas, ia (Zika) akan memasuki, ia akan merebak,” beritahu ketua jabatan epidemiologi, Israel Cadeno kepada rangkaian televisyen TVN-2.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus tersebut sebagai kecemasan kesihatan global.

Sebanyak 50 kes disahkan setakat ini di Panama di kawasan kebanyakannya orang asli rantau Guna Yala sepanjang kawasan pantai Caribbean.

Naib Presiden Isabel De Saint Malo minggu lepas menyatakan bahawa sebanyak 38 kes di Guna Yala dan berkata ketika itu “tidak berlaku ancaman besar terhadap orang awam.”

Walaupun tanda-tanda penyakit itu agak sederhana, ia dipercayai dikaitkan dengan kes-kes microcephaly, keadaan buruk di mana anak damit dilahirkan dengan kecacatan kepala dan otak yang kecil. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA