50 lagi dipil...

50 lagi dipilih dalam cabutan bertuah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Seramai 50 lagi dipilih untuk menyertai cabutan bertuah Pepsi Bonanza 2016 dalam majlis cabutan bertuah yang berlangsung di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, di Perindustrian Beribi, hari ini.

Hadir bagi membuat cabutan nama-nama bertuah itu ialah pengamal media tempatan sambil disaksikan pihak pengurusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.

Wakil media tempatan dan pihak pengurusan Kingston ketika memilih borang-borang penyertaan bertuah.
Wakil media tempatan dan pihak pengurusan Kingston ketika memilih borang-borang penyertaan bertuah.

Selepas cabutan hari ini, seramai 250 finalis akan menyertai Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016 bagi hadiah utama pada 5 Jun ini di Dewan Pameran Giant.

Mereka berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti kereta Volkswagen Vento, iPad Pro, iPhone 62 dan banyak lagi gajet dan baucar bernilai $40,000.

Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016 bermula dari 15 Mac 2016 dan telah pun berakhir pada 31 Mei yang lalu.

Sebanyak 6,000 borang penyertaan yang diterima dari Daerah Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong yang telah pun menunjukkan seba-nyak 50 peratus peningkatan dalam penyertaan berbanding pada bulan sebelumnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016, orang ramai bolehlah melayari laman Facebook, Pepsi Brunei.