50 layak cabutan bertuah bulanan ke-2

50 layak cabutan bertuah bulanan ke-2

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Hampir 4,000 penyertaan diterima bagi Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2015 dan hari ini hanya 50 peserta bertuah yang terpilih layak dalam cabutan bertuah bulanan kali ke-2 dan terakhir yang cabutannya berlangsung di ibu pejabat Kingston, di sini.

Hadir bagi membuat undian cabutan tersebut adalah terdiri dari wakil media tempatan dengan disaksikan oleh Eksekutif Pemasaran Kingston Sdn Bhd, Ivy Tiongco.

Lima puluh peserta bertuah yang terpilih hari ini berpeluang untuk memenangi iPad Mini 3, Sharp LED TV 32 inci, Sharp SD Fridge dan hadiah-hadiah sagu hati yang akan diadakankan pada 22 Mei 2015 di Jaya Hypermart, The Centrepoint, Jalan Gadong pada pukul 3 petang.

Selain itu, 100 peserta bertuah juga terpilih hari ini untuk cabutan utama yang  dijangka akan diadakan pada bulan Jun nanti, ini termasuk 50 peserta yang tidak memenangi apa-apa hadiah pada kedua-dua cabutan bertuah bulanan yang lalu.

Antara wakil media tempatan yang membuat undian bagi pemilihan 150 peserta bertuah sambil disaksikan oleh Eksekutif Pemasaran Kingston Sdn Bhd.
Antara wakil media tempatan yang membuat undian bagi pemilihan 150 peserta bertuah sambil disaksikan oleh Eksekutif Pemasaran Kingston Sdn Bhd.

Pemenang bertuah dalam cabutan utama nanti akan membawa pulang sebuah kereta Toyota Avanza bersama hadiah-hadiah menarik yang lainnya.

Untuk keterangan lanjut bolehlah mengikuti Fan Page rasmi Pepsi Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA