50 maut serangan bom di Turki

50 maut serangan bom di Turki

ANKARA, 21 Ogos – Seorang pengebom berani mati seawal usia 12 membunuh sekurang-kurangnya 51 orang di satu majlis perkahwinan di Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata hari ini, menunding jari kepada kumpulan Negara Islam.

Presiden Erdogan berkata kumpulan Islam IS ‘berkemungkinan pelaku’ serangan bom pada satu majlis perkahwinan di Gaziantep di bandar itu berhampiran sempadan Syria yang mengorbankan kira-kira 30 orang.

Letupan itu yang menurut para pegawai mungkin dicetuskan oleh seorang pengebom berani mati, adalah serangan terbaru yang menggegarkan negara anggota NATO ini dalam tahun dahsyat yang telah menyaksikan serangan-serangan yang disyaki dilakukan oleh militan-militan Kurdis dan IS.

Gabenor Gazianep, Ali Yerlikaya berkata dalam satu kenyataan sebelumnya bahawa 30 orang terbunuh dan 94 orang cedera dalam serangan bom yang sangat dibenci pada satu majlis perkahwinan lewat malam semalam.

Erdogan berkata dalam satu kenyataan bahawa ‘tidak ada beza’ antara kumpulan pendakwa Fethullah dari AS yang disyaki cuba melancarkan rampasan kuasa gagal, parti yang diharamkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan ‘Daesh (IS), kemungkinan pelaku serangan di Gaziantep.

Ambulans tiba di tapak letupan di Gaziantep semalam selepas serangan militan pada majlis perkahwinan di tenggara Turki. – AFP
Ambulans tiba di tapak letupan di Gaziantep semalam selepas serangan militan pada majlis perkahwinan di tenggara Turki. – AFP

“Negara dan bangsa kami sekali lagi hanya ada satu pesanan kepada mereka yang menyerang kami – kamu tidak akan berjaya!” kata beliau.

Laporan mengatakan bahawa majlis perkahwinan itu dihadiri oleh ramai orang Kurdistan.

Agensi berita Dogan mengatakan pasangan pengantin berasal dari rantau Siirt yang majoriti penduduknya adalah Kurdistan yang terletak di timur jauh dan mereka sendiri disingkirkan disebabkan tercetusnya keganasan dengan militan Kurdis.

Parti pro Kurdis, Parti Demokratik Rakyat (HDP) berkata anggota-anggotanya hadir pada majlis perkahwinan itu yang juga dihadiri oleh ramai wanita dan kanak-kanak.

Erdogan berkata matlamat serangan seperti di Gaziantep adalah untuk menyemai perpecahan antara pelbagai kumpulan di Turki seperti kumpulan Arab, Kurdis dan Turkmenistan dan ‘menyebarkan hasutan dalam kumpulan etnik dan keagamaan.”

Kebanyakan pejuang jihad menyifatkan kaum Kurdis sebagai salah satu musuh utama mereka, dengan militia Kurdis memainkan peranan penting dalam pertempuran menentang IS di Syria.

Perdana Menteri Binali Yildirim berkata Gaziantep akan memperlihatkan semangat sama kekalahannya dalam tahun 1921 di tengah pasukan Perancis dalam Perang Kemerdekaan Turki yang membawa kepada perkataan Gazi (wira perang) ditambah kepada nama asalnya, Antep. – AFP