50 murid dirai dalam Majlis Khatam

50 murid dirai dalam Majlis Khatam

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 25 Sept – Hampir 50 orang murid Darjah 6 dari Sekolah Ugama Perdana Wazir dan Sekolah Ugama Sungai Teraban telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Perdana Wazir, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta ialah Ketua Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

Majlis tersebut merupakan projek tahunan Jabatan Pengajian Islam selain turut merupakan salah satu program rancangan Sekolah Ugama Perdana Wazir dan Sekolah Ugama Sungai Teraban pada tahun ini.

Ia antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid supaya sentiasa mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan betul danlancar serta bagi memastikan murid-murid Darjah 6 mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama.

Hampir 50 orang murid-murid Darjah 6 gabungan Sekolah Ugama Perdana Wazir  dan Sekolah Ugama Sungai Teraban, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran di sini.
Hampir 50 orang murid-murid Darjah 6 gabungan Sekolah Ugama Perdana Wazir  dan Sekolah Ugama Sungai Teraban, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran di sini.

Murid-murid yang terlibat majlis tersebut telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dengan dipantau sama oleh guru-guru mereka.

Pengerusi majlis, Dayang Farah Syafiqah binti Junit dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah bukan saja kepada murid-murid, tetapi jugakepada ibu bapa dan penjaga murid-murid yang telah banyak memberikan sokongan serta kerjasama dalam memeduli pembacaan Al-Quran anak anak mereka, dan berharap supaya murid-murid akan terus mengamalkan pembacaan Al-Quran serta mendalami isi kandungannya.

ARTIKEL YANG SAMA