50 murid Pra lawat OGDC

50 murid Pra lawat OGDC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 13 Mei – Lebih 50 murid Pra Sekolah Menengah Chung Ching (SMCC) Seria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Penemuan Minyak Dan Gas (OGDC) di sini, hari ini.

Rombongan tersebut telah diiringi guru-guru mereka, Jesslyn Jong Poh Lee, Saerah May, Khairina, Massarah, Elsa, Maria Jong, Ivy dan Crystal Chan Yunn Ru.

Menurut salah seorang guru berkenaan, lawatan itu bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid mereka berkaitan dengan suasana pembelajaran di luar sekolah.

Semasa lawatan, rombongan telah diberikan peluang menyaksikan demonstrasi sains selain tidak ketinggalan disediakan berbagai-bagai acara permainan oleh pihak OGDC, serta turut berpeluang menerokai permainan sains yang disediakan di pusat tersebut sambil memberikan mereka kefahaman dan pengetahuan tentang sains dan teknologi dan juga industri minyak dan gas di negara ini.

Murid-murid dan guru-guru Pra SMCC bergambar ramai ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke OGDC.
Murid-murid dan guru-guru Pra SMCC bergambar ramai ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke OGDC.

Pengetua SMCC Seria, Dr. Ang Sik Liong memberitahu, lawatan sambil belajar itu amat penting bagi menambahkan pengalaman kepada murid-murid pra sekolah, selain memberikan mereka pengalaman keseronokan belajar subjek sains, yang ramai dalam kalangan pelajar menyangkanya pembelajaran yang membosankan dan amat sukar.

Menurutnya, bermula daripada usia muda inilah murid-murid perlu didedahkan dengan pengalaman pembelajaran Sains yang menyeronokkan, supaya dengan kefahaman dan pengalaman yang dipupuk daripada usia kecil akan menyemai semangat gemar kepada pembelajaran yang agak mencabar seperti pelajaran Sains dan Matematik.

ARTIKEL YANG SAMA