50 Muslimah hadiri Kursus Ta’lim

50 Muslimah hadiri Kursus Ta’lim

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Seramai 50 orang peserta daripada beberapa persatuan Muslimah masjid di Daerah Brunei dan Muara dan Majlis Perundingan Kampung Kawasan 4 RPN Lambak Kanan telah menghadiri Kursus Ta’lim yang berlangsung di Bilik Al-Muazzaib Bangunan Nurul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama empat hari itu merupakan kesinambungan daripada Kursus Fiqh At Thaharah pada April yang lalu.

Dikendalikan oleh Penceramah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Anwari bin Haji Rawee, kursus berkenaan menambah pengetahuan peserta dalam pelbagai bidang agama.

Para peserta kursus bergambar ramai bersama pengendali kursus di Pusat Dakwah Islamiah, baru-baru ini.
Para peserta kursus bergambar ramai bersama pengendali kursus di Pusat Dakwah Islamiah, baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA