50 orang maut dalam pertempuran di Congo

50 orang maut dalam pertempuran di Congo

KINHASA, 20 Sept – Lebih 50 orang terbunuh kelmarin dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di Kinshasa, kata kumpulan pembangkang, dan menyeru untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan selanjutnya.

Kerajaan sebelum ini berkata bahawa sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam keganasan di Kinshasa menjelang perhimpunan pembangkang yang dirancang, tetapi telah memberi amaran bahawa angka kematian boleh meningkat.

“Pertempuran (kumpulan pembangkang) mengesali atas jumlah mangsa, lebih daripada 50 orang mati pada ketika ini, mangsa tembakan menggunakan peluru hidup oleh polis dan pengawal republik,” katanya dalam satu kenyataan. Ia juga menggesa orang ramai berkumpul hari ini “untuk mendesak tuntutan yang dibuat hari ini.”

Perhimpunan, yang pihak berkuasa batalkan, telah diadakan untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Joseph Kabila, yang telah memerintah Republik Demokratik Congo sejak 2001. Para penentang bimbang beliau akan melanjutkan pemerintahannya tanpa mengikut perlembagaan.

Pertempuran kelmarin itu adalah keganasan yang paling teruk di ibu negara itu sejak Januari 2015 apabila tindakan keras polis membangkitkan satu lagi protes pembangkang menyebabkan berpuluh-puluh orang mati. Menteri Dalam Negeri Evariste Boshab menyifatkan keganasan itu sebagai percubaan “pemberontakan” dan berkata mangsa adalah termasuk tiga pegawai polis.

Orang ramai berjalan berhampiran serpihan yang terbakar semasa protes pilihan raya di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, kelmarin. - AP
Orang ramai berjalan berhampiran serpihan yang terbakar semasa protes pilihan raya di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, kelmarin. – AP

Parti-parti pembangkang utama telah diseru untuk demonstrasi di seluruh negara bagi “memberi amaran” kepada Kabila, yang mandatnya tamat pada 20 Disember.

Walaupun Kabila dilarang oleh perlembagaan dari memerintah lagi, dia tidak membuat sebarang langkah untuk menjadualkan pilihan raya, yang mencetuskan kebimbangan meningkat bahawa dia akan berusaha untuk terus kekal memerintah.

Pada bulan Mei lalu, Mahkamah Perlembagaan berkata Kabila boleh terus memegang jawatan itu sementara sehingga pilihan raya diadakan, mencetuskan gelombang protes kemarahan.

Perancis kelmarin menyifatkan pergolakan itu sebagai “sangat berbahaya dan amat membimbangkan” dan menggesa Kabila untuk memberikan jadual pilihan raya yang tetap. – AFP