50 pain darah dikumpulkan

50 pain darah dikumpulkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Sebanyak 50 pain darah telah berjaya dikumpulkan melalui Kempen Derma Darah anjuran BMW Brunei, QAF Auto Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di Bilik Pameran BMW, Beribi, kelmarin, di sini.

Kempen yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan itu diadakan bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang yang melibatkan penyertaan daripada warga syarikat dan orang awam.

Turut menyumbangkan darah pada kempen berkenaan ialah Ketua Operasi QAF Auto Sdn Bhd, Pengiran Shahrulzaman.

Pengiran Shahrulzaman ketika ditemui menyatakan bahawa kempen tersebut dianjurkan buat kali pertamanya yang diadakan bagi keperluan pesakit yang memerlukan dan juga membantu menambah tabung darah negara ini.

Sebanyak 50 pain darah berjaya dikumpul pada kempen derma darah berkenaan.
Sebanyak 50 pain darah berjaya dikumpul pada kempen derma darah berkenaan.

Sementara itu, Penyelia Simpanan Darah Hospital RIPAS, Haji Iqmal bin Haji Ismail, memberitahu Media Permata, keperluan darah kini sudah semakin meningkat, di mana keperluan sekurang-kurangnya 50 pain sehari.

Sehubungan itu, mereka memerlukan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan syarikat-syarikat untuk bekerjasama dengan mereka dalam mengadakan kempen derma darah secara berterusan.

Menurut beliau, hampir setiap hari mereka melaksanakan kempen derma darah, biarpun simpanan setakat ini mencukupi tetapi tabung darah mesti terus ditambah bagi memastikan ia sentiasa mencukupi bagi keperluan pesakit yang memerlukannya.

ARTIKEL YANG SAMA