50 pasukan sertai Futsal Sukan Ria

50 pasukan sertai Futsal Sukan Ria

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam hari ini merasmikan Kejohanan Futsal Sukan Ria Antara Syarikat yang berlangsung di Stadium tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Kira-kira 50 pasukan terdiri daripada syarikat persendirian dan jemputan terlibat dalam kejohanan yang dinanti-nantikan seluruh warga swasta untuk menjulang piala kejohanan dan hadiah berupa wang tunai $1,000 berserta pingat bagi juara.

Tetamu kehormat semasa merasmikan kejohanan melepaskan rembatan sebagai simbolik rasminya temasya sukan terbesar bagi syarikat swasta di Negara Brunei Darussalam itu.

Perlawanan pertama menyaksikan BAG Network Sdn Bhd menentang HSBC sebelum diteruskan dengan perlawanan di antara Setia Motors Sdn Bhd A berhadapan pasukan QAF Sdn Bhd di Stadium tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 20 Jun 2015 dan orang ramai dijemput untuk menyaksikan perlawanan sepanjang kejohanan di sana. Pada hari pembukaan, 24 perlawanan berlangsung bagi lima kumpulan antaranya melibatkan pasukan BAG Networks Sdn Bhd, HSBC, D’Sunlit Sdn Bhd dan Buruh A bagi kumpulan A.

Pasukan QAF Sdn Bhd ketika beramah mesra bersama tetamu kehormat.
Pasukan QAF Sdn Bhd ketika beramah mesra bersama tetamu kehormat.
Tetamu kehormat merasmikan kejohanan Futsal Sukan Ria Antara Syarikat 2015 hari ini.
Tetamu kehormat merasmikan kejohanan Futsal Sukan Ria Antara Syarikat 2015 hari ini.

Dalam Kumpulan B pula perlawanan melibatkan pasukan QAF Sdn Bhd, Takaful BD, Hitune Motorsport dan Setia Motors Sdn yang berkesudahan dengan kemaraan QAF Sdn Bhd ke peringkat kedua.

Sementara itu dalam Kumpulan C, Pasukan Brunei Press melangkah ke peringkat kedua kejohanan apabila berjaya meninggalkan NBT Sdn Bhd, RBA A dan G4S B Sdn Bhd.

Dalam Kumpulan D pula persaingan mula dirasakan daripada pasukan yang terdiri daripada DHL Express, Isha Jaya B Sdn Bhd, ZHVD Design Sdn Bhd dan JPMC A sementara di sebelah malam pertama hari ini menyaksikan persaingan kumpulan E yang disertai oleh Baiduri Bank B, Munajat Management, Insurance TAIB dan Brunei Transporting.

Pada 11 Mei 2015 akan berlangsung 12 perlawanan bermula jam 8 hingga 1130 malam dalam kumpulan F yang melibatkan pasukan G4S A, KKBS, TelBru dan RBC sementara dalam kumpulan G pula perlawanan akan melibatkan pasukan Litak Enterprise, Buruh B, RBA B dan Bayu Ilham Motors Sdn Bhd.

Pada 12 Mei 2015 pula perlawanan akan diteruskan dari jam 8 hingga 1130 malam yang akan melibatkan pasukan AITI, Concepts Commercial, JPMC B dan Setia Motors Sdn Bhd bagi kumpulan H dan perlawanan Kumpulan I akan melibatkan pasukan BSP Sdn Bhd, DST B Sdn Bhd, Darussalam Asset dan MOHA A.

Bagi orang ramai yang ingin tahu jadual dan perkembangan terkini kejohanan ini, bolehlah melayari laman web rasmi sukan ria www.sukanriabrunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA