50 pegawai ABDB naik pangkat

50 pegawai ABDB naik pangkat

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memperkenankan kenaikan pangkat kepada seramai 50 orang pegawai ABDB.

Majlis kenaikan pangkat berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison, hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan di sini, seramai 17 pegawai dinaikkan ke pangkat Mejar Tetap dan tiga pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar. Sementara 15 pegawai dinaikkan ke pangkat Kapten Tetap dan 15 pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Kapten. Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Komiti Pertahanan,pengarah-pengarah,pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli keluarga pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Pahlawan Mohd Tawih memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai yang dinaikkan pangkat.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Pahlawan Mohd Tawih memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai yang dinaikkan pangkat.
Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat kelmarin.
Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat kelmarin.