50 pelajar ISB hadiri klinik bola keranjang

50 pelajar ISB hadiri klinik bola keranjang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Kira-kira 50 pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) terlibat dalam klinik bola keranjang yang dikendalikan oleh empat pemain Beruang Blazers serta ketua jurulatih pasukan itu hari ini.

Menurut kenyataan pengurus besar pasukan itu, majlis itu adalah antara usaha kemasyarakatan yang menggalakkan dan peluang untuk barisan pemain berinteraksi dengan generasi baru dalam melibatkan diri kepada acara sukan bola keranjang.

“Saya sangat berbesar hati dengan sumbangan pemain meskipun sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan untuk turun memberikan khidmat nasihat percuma kepada generasi muda hari ini,” ujarnya lagi.Dalam klinik berkenaan, para pemain Beruang Blazers diberikan pendedahan kepada teknik mengelecek, pertahanan, jaringan dan seterusnya terlibat dalam sesi motivasi dan sesi soal jawab diikuti dengan sesi bergambar ramai.

Gambar ramai di akhir klinik bola keranjang tersebut.
Gambar ramai di akhir klinik bola keranjang tersebut.