50 pelajar Pusat Ehsan terima sumbangan

50 pelajar Pusat Ehsan terima sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Seramai 50 pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menerima sumbangan derma bagi membeli keperluan persiapan Hari Raya Aidilfitri pada majlis yang diteruskan dengan acara bersungkai anjuran Samima Sdn Bhd.

Majlis yang berlangsung di pusat berkenaan turut menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah $3,000 yang diterima oleh Pemegang Amanah Perancangan dan Dasar Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Samima Sdn Bhd, Haji Hidhayathulla bin Haji Tajudeen, Pengarah Urusan Sifana Sdn Bhd Sulaiman Ayub Khan dan Pengarah Urusan Raimmar Sdn Bhd Haji Ahmad bin Wahab, yang mana masing-masing menyumbangkan $1,000.

Setakat ini, pusat berkenaan mempunyai 156 orang pelajar berkeperluan khas yang berdaftar dan 53 orang pelajar di cawangan Daerah Belait.

Antara pelajar Pusat Ehsan yang menghadiri majlis bersungkai.
Antara pelajar Pusat Ehsan yang menghadiri majlis bersungkai.

ARTIKEL YANG SAMA