50 pelajar SM YSHHB sertai ‘Kem Kitani’

50 pelajar SM YSHHB sertai ‘Kem Kitani’

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Seramai 50 pelajar dari Tahun 7, 9 dan 10 Sekolah Menengah (SM) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah menyertai Program Motivasi ‘Kem Kitani’ yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Serba guna, sekolah berkenaan, hari ini.

Program motivasi anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekolah tersebut dengan kerjasama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) itu membawa tema ‘Excellent Through Understanding’ telah dimudahcarakan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling KUPU SB, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed.

‘Kem Kitani’ yang juga dibantu oleh mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB itu adalah bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa, negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.

Antara para pelajar yang menyertai ‘Kem Kitani’ di sekolah berkenaan.
Antara para pelajar yang menyertai ‘Kem Kitani’ di sekolah berkenaan.
Awang Ali Hardi semasa menjelaskan salah satu aktiviti yang diadakan.
Awang Ali Hardi semasa menjelaskan salah satu aktiviti yang diadakan.

Di samping itu, ia juga menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, amanah, bersungguh-sungguh dalam bidang masing-masing dan mempunyai wawasan yang baik serta melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain.

Program itu juga telah diisikan dengan pelbagai aktiviti yang berkonsepkan tema yang telah diberikan.

ARTIKEL YANG SAMA